Nak Jual Rumah Dengan Cepat?

Ikut pengalaman saya, menjual rumah mengambil masa yang panjang. Berbulan-bulan, malah BERTAHUN!

Lagi-lagi, kalau nak cuba buat sendiri tanpa pakai khidmat perunding hartanah (REN) atau ejen.

Ya lah, tanpa bantuan professional hartanah, biasanya kita main letak harga je kan?

“Alang-alang nak jual rumah, kita letak harga paling tinggi, biar untung lebih” – bisik hati penjual.

Maka diletaklah iklan rumah sekian harga di Facebook & website lain.

Satu hari berlalu…

Dua hari berlalu…

Seminggu berlalu…

A few moments later (bak kata Spongebob)…

“Eh, kenapa takde orang nak beli rumah aku ni?”

Ha, kan dah habis masa kat situ. Kalau dapat bakal pembeli pun, biasanya penjual pening nak layan punya…

“Boleh kasi murah lagi tak? Boleh la. Rumah lama kot…”

“Lepas ni camner ya? Bab-bab beli rumah I tak tahu”

“Deposit boleh kurangkan tak? KWSP boleh pakai tak? Banyak nak renovate ni”

“Rumah punyalah teruk. Ada hati nak jual mahal”

Akhirnya, penjual pun teremosi dengan bakal pembeli. Siap ada yang GADUH lagi. Silap kata, terus cancel BOOKING!

Sebab itu, saya FITRI tawarkan diri untuk selesaikan penjualan rumah.

Berbekalkan ilmu marketing & pengalaman buat marketing dengan lebih 10 developer hartanah, saya boleh bantu market kan rumah anda.

Malah, dengan buat kerja REN ni full-time, saya ada masa penuh dan rangkaian NETWORK untuk cari pembeli, peguam, pegawai bank & valuer dengan pantas.

Jangan tunggu lama-lama, nanti makin rosak keadaan unit yang hendak dijual.

“Tetapi tuan FITRI, mahal la bayar ejen-ejen ni”

Komisyen saya – adalah standard 3% dari harga jualan….

Tetapi kena ingat, komisyen hanya dibayar apabila transaksi dilakukan.

Bermakna, anda akan dapat baki 97% dari harga jualan. Berbaloi kan, dari tunggu pembeli yang tak pasti.

97 peratus – anda boleh selesaikan hutang, bayar cukai SST, kos lawyer & lain-lain serta fokus untuk pelaburan lain.

Manakala 3% komisyen yang anda bayar merangkumi:

1. Urusan jual beli A-Z

Saya boleh pastikan urusan dilakukan sampai penyerahan kunci dilaksanakan. Nak dapatkan peguam, valuer – cari sahaja saya.

2. Kajian Semasa “Market”

Yang ni biasanya penjual terlepas pandang. Main letak harga tanpa lihat berapa banyak unit dalam kawasan yang sama sedang diiklankan. Sebab itu, saya pastikan buat kajian supaya dapat letak harga yang BETUL.

3. Networking dengan ejen hartanah lain

Untuk pastikan hartanah terjual, saya bekerjasama dengan ejen-ejen lain untuk dapatkan pembeli. Kena ingat yang prospek pembeli biasanya merujuk kepada kami terlebih dahulu untuk dapatkan hartanah yang best.

4. Teknik pasaran yang luas & berkesan

Saya iklankan hartanah anda secara menyeluruh di media sosial & portal hartanah BERBAYAR untuk dapatkan prospek pembeli.

Apa tunggu lagi? Jangan biarkan masa lama berlalu pergi, risau hartanah tak terjual nanti.

Whatsapp saya sekarang dengan klik pada butang dibawah ini.

Selamat bekerjasama. Saya menanti anda di Whatsapp 018-9534295. Moga-moga kita berdua peroleh rezeki.